Dalam tahun 2007. Persatuan ini dipanggil sebagai Generasi Warisan Sejarah. Persatuan ini dipelopori oleh Pemuda kampong Warisan Parit Sidang Seman. Apabila kesedaran tentang sejarah mula bertapak di hati masyarakat Sungai Rambai dari peringkat umur. Maka pada tarikh 26 Feb 2013 nama Generasi Warisan Sejarah ditukar kepada " PERSATUAN SEJARAH SUNGAI RAMBAI MELAKA" dan telah didaftarkan dibawah Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia mengikut Akta Pertubuhan 1966.
Persatuan kami bergerak aktif didalam pencarian sejarah disamping memberikan kesedaran dan kefahaman mengenai kepentingan sejarah kepada masyarakat.
Beberapa kajian / Program terdahulu yang telah berjaya dilaksanakan dan diiktiraf oleh pihak PERZIM (Perbadanan Muzium Melaka ), Jabatan Warisan dan Kebudayaan dan juga dari berbagai agensi-agensi yang lain adalah
1. Mencari asal usul dan bermulanya pembukaan Sungai Rambai 2007 / 2008.
2. Program sehari menyelusuri Sungai Kesang bersama PERZIM dan Fakulti Sejarah Universiti Malaya.
3. Mencari asal usul pembukaan Kampung Parit Sidang Seman DUN Sungai Rambai
Asal usul Sungai Rambai berasal disini. Tempat ini semakin maju dengan pelancungannya. Disebelah kanan sungai ini ialah kawasan jajahan Ledang Muar. Di Sungai ini telah banyak menyimpan sejarah perjuangan bangsa Melayu melawan pihak penjajah yang belum dicungkil. Pejuang-pejuang ini berjuang tanpa erti jemu dan putus asa. Sempena nama sungai ini ( Sungai Kesang ) merupakan nama bagi Negeri Kerajaan Kesang diabad 17
Kampung Parit Sidang Seman antara sebuah kampung yang diiktiraf sebagai Kampung Warisan. Ianya adalah hasil dari penyelidikan sejarah Generasi Warisan Sejarah bersama Persatuan Pakatan Penduduk Kampung Parit Sidang Seman sebelum wujudnya Persatuan Sejarah Sungai Rambai Melaka
Apabila ditanya masyarakat Parit Sidang Seman, mereka sentiasa berbangga dengan sejarah kampung Warisan mereka. Sehingga kini segala program dan aktiviti diadakan untuk menyatupadukan masyarakat dalam dan luar. Setiap program telah mendapat pengiktirafan dari berbagai pihak seperti Badan warisan, Pusat Pengajian Tinggi, Kerajaan Negeri Melaka.. Salah satu contoh bagaimana sejarah boleh menaikkan mertabat jati diri dan semangat cintakan tanahir.
Program terkini pula adalah
1. Kajian Sejarah Bukit Gadong / Batu Layar Besar dan Kandang di Raja .Di mana ianya di dalam peringkat akhir perbincangan bagi mewartakan kawasan ini bersama pihak Perbadanan Muzuim Negeri Melaka, Jabatan Warisan Malaysia Cawangan Melaka, Jabatan Pelancongan Negeri Melaka dan Persatuan Sejarah Melaka.
Program dan perancangan lain akan dinyatakan dari masa ke semasa dan akan dikemaskinikan didalam blog ini sebagai tatapan umum, bahan perbincangan dan rujukan. Pihak kami mengalu-alukan sesiapa sahaja yang berminat dan berkongsi maklumat boleh menghubungi kami atau melayari facebook kami.
MATLAMAT PERSATUAN
1. Mencungkil semula sejarah lama yang telah hampir pupus dari ingatan dan tanpa catatan untuk renungan masyarakat.
2. Menjadikan pintu masuk ke negeri Melaka dari aah selatan negeri sebagai tempat penerokaan alam sejarah. Melawat Sungai Rambai bererti melawat Melaka Bandaraya Bersejarah.
3. Memberikan kefahamana kepada generasi baru tentang kepentingan sejarah melalui program-program bersama masyarakat, institusi pengajian tinggi, sekolah-sekolah dan persatuan-persatuan.
4. Menjadikan tempat rujukan kepada pengkaji sejarah.
5. Membuktikan perjuangan bangsa melayu yang tidak pernah berputus asa demi maruah agama, bangsa dan negara.
6. Membongkar pembohongan sejarah dari pihak penjajah
7. Mewartakan tapak sejarah dan pembangunan semula
8 Menyusun program bagi mencari sumber dana persatuan supaya dapat berdiri sendiri.
PROGRAM-PROGRAM LAIN YANG DITAWARKAN
1. Program BAKTI SISWA seperti Prgram Anak Angkat.
2. Program seminar berkaitan sejarah Sungai Rambai dan sejarah Melaka.
3. Program bengkel penulisan sejarah.
4. Program lawatan ditempat bersejarah Negeri Melaka.
5. Memberikan kad diskaun kepada ahli untuk lawatan ke tempat bersejarah dan pelancongan Negeri Melaka ( dalam perancangan ).
KEAHLIAN
1. Warganegara Malaysia ( anak jati Negeri Melaka )
2. Berumur 18 tahun.
3. Ahli Remaja berumur 18 tahun kebawah perlu mendapatkan kebenaran ibu bapa.
4. Jantina lelaki dan perempuan
5. Keturunan Melayu dan beragama Islam
6. Yuran keahlian pendaftaran RM 1 dan yuran tahunan RM1
PROGRAM-PROGRAM LAIN YANG DITAWARKAN
1. Program BAKTI SISWA seperti Prgram Anak Angkat.
2. Program seminar berkaitan sejarah Sungai Rambai dan sejarah Melaka.
3. Program bengkel penulisan sejarah.
4. Program lawatan ditempat bersejarah Negeri Melaka.
5. Memberikan kad diskaun kepada ahli untuk lawatan ke tempat bersejarah dan pelancongan Negeri Melaka ( dalam perancangan ).
KEAHLIAN
1. Warganegara Malaysia ( anak jati Negeri Melaka )
2. Berumur 18 tahun.
3. Ahli Remaja berumur 18 tahun kebawah perlu mendapatkan kebenaran ibu bapa.
4. Jantina lelaki dan perempuan
5. Keturunan Melayu dan beragama Islam
6. Yuran keahlian pendaftaran RM 1 dan yuran tahunan RM1
Sesiapa yang berminat sila hubungi
Encik Mohammad bin Dollah 0196726634
Encik Razali bin Md Iwap 0173400956
e-mail : persatuansejarahsungairambai@gmail.com
Tiada ulasan:
Catat Ulasan