LAWATAN TAPAK DAN KAJIAN KE BUKIT GADONG SUNGAI RAMBAI MELAKA DAN KANDANG GAJAH DIRAJA
Pada 28 Mei 2013 ( Selasa ). Pihak Persatuan Sejarah Sungai Rambai bersama dengan pihak Jabatan Warisan Negara, Jabatan Muzium Malaysia, Bahagian Promosi Pelancongan Melaka dan Pejabat Daerah Dan Tanah Jasin telah mengadakan lawatan tapak ke Bukit Gadong. Lawatan tapak telah diadakan pada pukul 10.00 pagi. Lawatan tapak ini bertujuan membuat kajian secara arkeologi sebelum pewartaan tapak akan dilakukan oleh pihak yang terlibat.
Semasa sesi lawatan tapak diadakan, pihak kami telah memberikan penerangan mengenai kepentingan Bukit Gadong kepada sejarah perjuangan bangsa Melayu semasa era penjajahan dan juga pentingnya tempat ini diwartakan sebagai tapak sejarah yang berharga di Gerbang Selatan. Selain itu wakil dari Jabatan yang juga telah dibawa melawat ke tempat gajah batu untuk melihat dan meninjau tapak kajian yang terlibat dalam kajian sejarah kami.
Pihak Persatuan Sejarah Sungai Rambai Mengucapkan terima kasih kepada pihak yang terlibat kerana telah sudi membuat lawatan ke tempat kami. Pihak Persatuan Sejarah Sungai Rambai berharap dengan pemerwataan tempat ini dapat menyedarkan anak bangsa kita agar dapat mencintai sejarah dan dapat menanamkan sikap bangga dengan perjuangan bengsa mereka.
Pengerusi bersama ahli persatuan membawa wakil Jabatan menyusuri jalan ke arah Bukit Gadong
Menjejaki tapak tinggalan bersejarah Bukit Gadong
Pengerusi sedang memberikan penerangan mengenai sejarah Bukit gadong dan kandang gajah Diraja
Timbalan Pengerusi Encik Razali Md Iwap sedang memberikan beberapa taklimat
Professor Dr Jasmy bersama dengan Persatuan Sejarah Sungai Rambai dalam menjejaki tempat bersejarah