Khamis, 14 Mac 2013

MEWARTAKAN BUKIT GADONG DAN KANDANG GAJAH DIRAJA

Pada hari ini  Khamis 14 March 2013, masa 2.30 petang. Persatuan Sejarah Sungai Rambai Melaka bersama dengan pihak PERZIM, Jabatan Warisan dan Kebudayaan dan Bahagian Promosi Pelancungan telah menghadiri Perbincangan Mewartakan Bukit Gadong Dan Kandang Gajah Diraja Sungai Rambai bersama Persatuan Sejarah DUN Sungai Rambai Melaka di Bilik Mesyuarat Parameswara bertempat di Muzium Pemerintahan Demokrasi.

Bagi pihak PERZIM ianya telah di pengerusikan oleh Datuk Hj Khamis bin Abas dan dihadiri bersama oleh Cik Noor Azimah Bte Md Ali ( bahagian Kurator ),  Wardiah bte Ibrahim ( Jabatan Warisan Negeri Melaka ), Encik Asrul Sani bin Salim ( Jabatan Muzium Malaysia Wilayah Selatan ), Asmaliana Bte Ashari ( Bahagian Promosi Pelancongan Jabatan Ketua Menteri Melaka ) dan Ruhaiza bte Zawawi ( Perzim ).

Manakala bagi pihak Persatuan Sejarah telah dihadiri oleh Encik Mohammad Bin Dollah ( Pengerusi ), Encik Razali bin Md Iwap ( Timbalan Pengerusi ), Encik Norlizam bin Khamis ( Setiausaha ) dan Encik Onn bin Othman ( Timbalan Setiausaha ).


Perbincangan ini adalah untuk mewartakan Bukit Gadong sebagai tempat bersejarah,  pusat ilmu dan perlancongan dari arah Gerbang Selatan Melaka. Bagi pihak Persatuan Sejarah Sungai Rambai Melaka, pihak kami telah mendapat sokongan dan dorongan dari YB Datuk hassan bin Abd Rahman.,Cikgu Baharam bin Basit ( penulis  dan pengkaji sejarah ), Encik Jaafar, ahli persatuan dan individu lain. Pihak Persatuan Sejarah Sungai Rambai telah  merealisasikan harapan mereka didalam perbincangan pemerwataan ini. 

Pihak Persatuan Sejarah Sungai Rambai  ingin merakamkan  ucapan terima kasih yang tidak terhingga diatas sokongan PERZIM dan semua Jabatan yang terlibat terhadap kajian yang telah kami lakukan. Alhamdullilah kesyukuran diucapkan .Semoga segala pengorbanan yang dicurahkan oleh ahli dan individu yang terlibat akan dibalas dengan kebaikan dari Allah S.W.T.

1 ulasan:

  1. As salam terima kasih admin atas ilmu dan maklumat yang berguna...kalu boleh saya nak tahu susur galur keturunan melayu sg rambai...Adalah melayu jati atau keturunan melayu dagang....saya tengah mengkaji keturunan melayu yang dikatakan berasal bani jawi yang juga keturunan keturah iaitu isteri nabi ibrahim ketiga...yang mungkin juga menjadi pengikut baris hadapan imam mahadi.....

    BalasPadam