Sabtu, 1 Jun 2013

LAWATAN TAPAK DAN KAJIAN KE BUKIT GADONG SUNGAI RAMBAI MELAKA DAN KANDANG GAJAH DIRAJA

Pada 28 Mei 2013 ( Selasa ). Pihak Persatuan Sejarah Sungai Rambai  bersama dengan pihak Jabatan Warisan Negara, Jabatan Muzium Malaysia, Bahagian Promosi Pelancongan Melaka dan Pejabat Daerah Dan Tanah Jasin telah mengadakan lawatan tapak ke Bukit Gadong. Lawatan tapak telah diadakan pada pukul 10.00 pagi. Lawatan tapak ini  bertujuan  membuat kajian secara arkeologi sebelum pewartaan tapak akan dilakukan oleh pihak yang terlibat. 

Semasa sesi lawatan tapak diadakan, pihak kami telah memberikan penerangan mengenai kepentingan Bukit Gadong kepada sejarah perjuangan bangsa Melayu semasa era penjajahan dan juga pentingnya tempat ini diwartakan sebagai tapak sejarah yang berharga di Gerbang Selatan. Selain itu wakil dari Jabatan yang juga telah dibawa melawat ke tempat gajah batu untuk melihat dan meninjau tapak kajian yang terlibat dalam kajian sejarah kami.

Pihak Persatuan Sejarah Sungai Rambai Mengucapkan terima kasih kepada pihak yang terlibat kerana telah sudi membuat lawatan ke tempat kami. Pihak Persatuan Sejarah Sungai Rambai berharap dengan pemerwataan tempat ini  dapat menyedarkan anak bangsa kita agar dapat mencintai sejarah dan dapat menanamkan sikap bangga dengan perjuangan bengsa mereka.







Pengerusi bersama ahli persatuan membawa wakil Jabatan menyusuri jalan ke arah Bukit Gadong




Menjejaki tapak tinggalan bersejarah Bukit Gadong



Pengerusi sedang memberikan penerangan mengenai sejarah Bukit gadong dan kandang gajah Diraja



Timbalan Pengerusi Encik Razali Md Iwap sedang memberikan beberapa taklimat



 Professor Dr Jasmy  bersama dengan Persatuan Sejarah Sungai Rambai dalam menjejaki tempat bersejarah


  

Khamis, 14 Mac 2013

MEWARTAKAN BUKIT GADONG DAN KANDANG GAJAH DIRAJA

Pada hari ini  Khamis 14 March 2013, masa 2.30 petang. Persatuan Sejarah Sungai Rambai Melaka bersama dengan pihak PERZIM, Jabatan Warisan dan Kebudayaan dan Bahagian Promosi Pelancungan telah menghadiri Perbincangan Mewartakan Bukit Gadong Dan Kandang Gajah Diraja Sungai Rambai bersama Persatuan Sejarah DUN Sungai Rambai Melaka di Bilik Mesyuarat Parameswara bertempat di Muzium Pemerintahan Demokrasi.

Bagi pihak PERZIM ianya telah di pengerusikan oleh Datuk Hj Khamis bin Abas dan dihadiri bersama oleh Cik Noor Azimah Bte Md Ali ( bahagian Kurator ),  Wardiah bte Ibrahim ( Jabatan Warisan Negeri Melaka ), Encik Asrul Sani bin Salim ( Jabatan Muzium Malaysia Wilayah Selatan ), Asmaliana Bte Ashari ( Bahagian Promosi Pelancongan Jabatan Ketua Menteri Melaka ) dan Ruhaiza bte Zawawi ( Perzim ).

Manakala bagi pihak Persatuan Sejarah telah dihadiri oleh Encik Mohammad Bin Dollah ( Pengerusi ), Encik Razali bin Md Iwap ( Timbalan Pengerusi ), Encik Norlizam bin Khamis ( Setiausaha ) dan Encik Onn bin Othman ( Timbalan Setiausaha ).


Perbincangan ini adalah untuk mewartakan Bukit Gadong sebagai tempat bersejarah,  pusat ilmu dan perlancongan dari arah Gerbang Selatan Melaka. Bagi pihak Persatuan Sejarah Sungai Rambai Melaka, pihak kami telah mendapat sokongan dan dorongan dari YB Datuk hassan bin Abd Rahman.,Cikgu Baharam bin Basit ( penulis  dan pengkaji sejarah ), Encik Jaafar, ahli persatuan dan individu lain. Pihak Persatuan Sejarah Sungai Rambai telah  merealisasikan harapan mereka didalam perbincangan pemerwataan ini. 

Pihak Persatuan Sejarah Sungai Rambai  ingin merakamkan  ucapan terima kasih yang tidak terhingga diatas sokongan PERZIM dan semua Jabatan yang terlibat terhadap kajian yang telah kami lakukan. Alhamdullilah kesyukuran diucapkan .Semoga segala pengorbanan yang dicurahkan oleh ahli dan individu yang terlibat akan dibalas dengan kebaikan dari Allah S.W.T.

Khamis, 7 Mac 2013

SEJARAH MELAKA YANG DIPESONGKAN. SALAH SIAPA?


Semua pernah membaca sejarah Melaka. Paling tidaknya sejarah Melaka telah diajar di sekolah. Buku sejatah nyata menyebut Melaka dibuka oleh Parameswara pada tahun 1400. Bukti sejarah awal Melayu di Utara ( Kedah Siam ), telah ada kerajaan atau empayar Melayu berkembang di sana dan jajahannya meluas ke Nusantara termasuk Acheh dan Semenanjuang Tanah Melayu ( disebut Melaka )



Sejarah Melaka dipengaruhi oleh catatan Munsyi Abdullah ketika Farquhar dan Stamford Raffles bertuan di Melaka. Inggeris hanya datang ke Melaka selepas Portugis dan Belanda. Sedangkan cerita tentang Melaka ( Semenanjung Tanah Melayu ) sudah dicatat lebih awal dalam Manuskrip Melayu Lama - Buku Undang-Undang Kedah. Banyak bukti yang menunjukkan bahawa kerajaan Benua Siam Islam Kedah telah bertapak lebih dahulu dari Empayar Melaka. 



Benua Islam Kedah 

Tidak keterlalauan jika dikatakan asal-usul raja Melayu juga datang dari Kerajaan Benua Siam Islam Kedah. Mereka melaksanakan adat istiadat Melayu yang diterima pakai dari Siam. Ini disebut dalam buku Undang-Undang Kedah. Parameswara Melaka ( 144-1448 ) juga diseut sebagai Marhum Naga. Marhum Naga ialah Almarhum Sultan Rijaluddin Ibni Muhammad Johan Syah III. Baginda dikenali sebagai Rama Tibodi II dalam sejarah Thailand. Sultan Muhammad Shah bukan sahaja Sultan Nagara Kedah, malah baginda juga memerintah Melaka bermula dari tahun 1201 lagi. Ketika Melaka termasuk dalam jajahan kerajaan Benua Islam Siam Kedah. Sedangkan Parameswara hanya disebut sekitar tahun 1424. Sejarah Melaka adalah sama namun tahunnya berbeza jika dibandingkan antara Buku Undang-Undang Kedah dan Sejarah Melaka. Penemuan syiling emas Perak di Langkawi yang tertera perkataan " Muhammad Syah Al-Sultan Al-Qadah " bersama-sama tembikar di Langkawi menguatkan bukti bahawa Kerajaan Benua Islam Nagara Kedah telah lama wujud sebelum Melaka.



Pokoknya kenapa bukti teks sejarah Melayu kita tidak selari dengan sejarah asal benua Islam Kedah? Kemungkinan, manuskrip Melayu lama baru dipulangkan oleh Inggeris epada kerajaan Malaysia pada tahun 2003. Setelah Inggeris merampas msnuskrip tersebut yang telah dibukukan oleh Dewan Bahasa dan Pustaka. Bagaimana pula bukti yang menunjukkan pengaruh Siam dalam adat istiadat Melayu? Juga beberapa nama tempat di Malaysia seperti LUkut dan Seremban di Negeri Sembilan yang bermakna lombong bijih dan beli rumah kampung. Bagaiman pula teori Hng Tuah itu pahlawan bangsa Cina? Hang Tu ah dari makna Siam ilah Laksamana berani ( jadi ) ketua. Cuba anda fikirkan! Bukansetakat sejarah Melaka yang terpesong. Banyak lagi sejarah Melayu kita yang harus dikaji kembali agar bangsa Melayu kenal bangsa dan sejarah tamadun bangsa sendiri.






Khamis, 28 Februari 2013

KAJI SELIDIK SEJARAH BUKIT GADONG / BATU LAYAR BESAR DAN KANDANG DIRAJA

Bukit Gadong adalah sebuah tempat yang terletak  didalam daerah DUN Sg Rambai. Bukit Gadong menyimpan berbagai nilai sejarah. Bukit Gadong adalah sebuah bukit yang amat tinggi.yang boleh dilihat dari laut dan menjadi panduan pedagang-pedagang yang datang dari arah selatan untuk menuju ke perlabuhan Melaka. Disitu juga tempat Hang Tuah dan lima orang sahabatnya melawan lanun-lanun yang telah membakar sebuah kapal dagang dari negeri China di era pemerintahan Kesultanan Melayu Melaka. Disitu juga terletaknya Kandang gajah Diraja. Sultan Masyur Shah telah mengalakkan rakyatnya belajar menjinakkan gajah dan segala perbelanjaan yang berupa biasiswa telah diberi kepada penjinak gajah. Gajah yang telah dijinakkan di letakkan di sini sebagai pikat untuk menjinakkan gajah liar. Gajah yang telah jinak telah dihantar semula ke Melaka sebagai gajah tempur perang. Menurut penceritaan, gajah tersebut telah di sumpah oleh Sultan Mansyur Shah menjadi batu kerana disebabkan suatu peristiwa amukan gajah. Gajah yang telah disumpah menjadi batu masih ada sehingga kini. Dari pengkajian sejarah kandang gajah Diraja di Bukit gadong bolehlah dikatakan sebagai tempat atau institut latihan gajah yang pertama di Malaysia..

Di awal pemerintahan British, kandang Gajah telah dibina semula oleh Residen British iaitu Farquhar. Farquhar telah menjemput  dan mengupah Pak Sulong dari Kedah untuk menghalau gajah yang telah merosakkan hasil tanaman  di Melaka ke suatu tempat. Pak Sulong dan Farquhar telah menghalau gajah dengan menggunakan bahan letupan ke kandang gajah disini. Sebanyak 63 ekor gajah telah dikandangkan tetapi malangnya semua gajah itu telah mati kerana tidak diberi makan. Tulang, gading dan kulit gajah telah dihantar ke England. Hanya seekor sahaja gajah yang telah dihantar ke Melaka semula. Kisah ini tercatat didalam Hikayat Munsyi Abdullah.

Didalam abad ke 20 Bukit Gadong ini telah dimusnahkan oleh British untuk mendapatkan bijih besi dan batu-batunya telah digunakan untuk membina jalanraya. Pada tahun 1951 dengan rasminya Bukit gadong telah lenyap dari pandangan. Daripada peristiwa inilah wujudnya nama dua buah kampung iaitu Sebatu dan Batu Gajah



Gerak  kerja Kaji selidik Bukit Gadong


 Nama Jalan Bukit Gadong diambil dari nama Bukit Gadong yang telah hilang dari lipatan sejarah





Pasukan dari Persatuan Sejarah Sungai Rambai sedang mencari kesan tinggalan yang ada


Pengerusi Persatuan Sejarah Sungai Rambai sedang memberikan arahan kepada anak buahnya.





Beberapa tinggalan batu yang telah di runtuhkan pihak Penjajah British


Khazanah dari laut yang menunjukkan bukti  kedudukan Bukit Gadong suatu masa dahulu adalah berdekatan dengan laut


Artifak lain yang didapati di tapak sejarah yang perlu dikaji lebih mendalam


Gerak kerja kaji selidik Kandang Gajah Di Raja





Kerja-kerja membersihkan kawasan  tapak sejarah








Hanya tinggalan kesan kepala gajah batu




Kepala gajah batu yang kelihatan seperti dalam keadaan berbaring







Kesan tinggalan gajah yang telah menjadi batu. Suatu ketika dahulu gajah batu ini didalam bentuk yang sempurna tetapi masyarakat setempat telah mengambil gading dan belalai untuk dibuat batu lagan, batu giling dan batu bor.














Selasa, 26 Februari 2013

PERSATUAN SEJARAH SUNGAI RAMBAI MELAKA


SEJARAH RINGKAS PERSATUAN SEJARAH SUNGAI RAMBAI MELAKA

Dalam tahun 2007. Persatuan ini dipanggil sebagai Generasi Warisan Sejarah. Persatuan ini dipelopori oleh Pemuda kampong Warisan Parit Sidang Seman. Apabila kesedaran tentang sejarah mula bertapak di hati masyarakat Sungai Rambai dari peringkat umur. Maka pada tarikh 26 Feb 2013 nama Generasi Warisan Sejarah ditukar kepada " PERSATUAN SEJARAH SUNGAI RAMBAI MELAKA" dan telah didaftarkan dibawah Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia mengikut Akta Pertubuhan 1966.

Persatuan kami bergerak aktif didalam pencarian sejarah disamping memberikan kesedaran dan kefahaman mengenai kepentingan sejarah kepada masyarakat.

Beberapa kajian / Program terdahulu yang telah berjaya dilaksanakan dan diiktiraf oleh pihak PERZIM (Perbadanan Muzium Melaka ), Jabatan Warisan dan Kebudayaan dan juga dari berbagai agensi-agensi yang lain adalah

1. Mencari asal usul dan bermulanya pembukaan Sungai Rambai 2007 / 2008.

2. Program sehari menyelusuri Sungai Kesang bersama PERZIM dan Fakulti Sejarah Universiti Malaya.

3. Mencari asal usul pembukaan Kampung Parit Sidang Seman  DUN Sungai Rambai



Asal usul Sungai Rambai berasal disini. Tempat ini semakin maju dengan pelancungannya. Disebelah kanan sungai ini ialah kawasan jajahan Ledang Muar. Di Sungai ini telah banyak menyimpan sejarah perjuangan bangsa Melayu melawan pihak penjajah yang belum dicungkil. Pejuang-pejuang ini berjuang tanpa erti jemu dan putus asa. Sempena nama sungai ini ( Sungai Kesang ) merupakan nama bagi Negeri Kerajaan Kesang diabad 17



Kampung Parit Sidang Seman antara sebuah kampung yang diiktiraf sebagai Kampung Warisan. Ianya adalah hasil dari penyelidikan sejarah Generasi Warisan Sejarah bersama Persatuan Pakatan Penduduk Kampung Parit Sidang Seman sebelum wujudnya Persatuan Sejarah Sungai Rambai Melaka


Apabila ditanya masyarakat Parit Sidang Seman, mereka sentiasa berbangga dengan  sejarah kampung Warisan  mereka. Sehingga kini segala program dan aktiviti  diadakan untuk menyatupadukan masyarakat dalam dan luar. Setiap program telah mendapat pengiktirafan dari berbagai pihak seperti Badan warisan, Pusat Pengajian Tinggi, Kerajaan Negeri  Melaka..  Salah satu contoh bagaimana sejarah boleh menaikkan mertabat jati diri dan semangat cintakan tanahir. 




Program terkini pula adalah

1. Kajian Sejarah Bukit Gadong / Batu Layar Besar dan Kandang di Raja .Di mana ianya di dalam peringkat akhir perbincangan bagi mewartakan kawasan ini bersama pihak Perbadanan Muzuim Negeri Melaka, Jabatan Warisan Malaysia Cawangan Melaka, Jabatan Pelancongan Negeri Melaka dan Persatuan Sejarah Melaka.

Program dan perancangan lain akan dinyatakan dari masa ke semasa dan akan dikemaskinikan didalam blog ini sebagai tatapan umum, bahan perbincangan dan rujukan. Pihak kami mengalu-alukan sesiapa sahaja yang berminat dan berkongsi maklumat boleh menghubungi kami atau melayari facebook kami.

MATLAMAT PERSATUAN 

1. Mencungkil semula sejarah lama yang telah hampir pupus dari ingatan dan tanpa catatan untuk renungan masyarakat.

2. Menjadikan pintu masuk ke negeri Melaka dari aah selatan negeri sebagai tempat penerokaan alam sejarah. Melawat Sungai Rambai bererti melawat Melaka Bandaraya Bersejarah.

3. Memberikan kefahamana kepada generasi baru tentang kepentingan sejarah melalui program-program bersama masyarakat, institusi pengajian tinggi, sekolah-sekolah dan persatuan-persatuan.

4. Menjadikan tempat rujukan kepada pengkaji sejarah.

5. Membuktikan perjuangan bangsa melayu yang tidak pernah berputus asa demi maruah agama, bangsa dan negara.

6. Membongkar pembohongan sejarah dari pihak penjajah

7. Mewartakan tapak sejarah dan pembangunan semula

8 Menyusun program bagi mencari sumber dana persatuan supaya dapat berdiri sendiri.

PROGRAM-PROGRAM LAIN YANG DITAWARKAN

1. Program BAKTI SISWA seperti Prgram Anak Angkat.

2. Program seminar berkaitan sejarah Sungai Rambai dan sejarah Melaka.

3. Program bengkel penulisan sejarah.

4. Program lawatan ditempat bersejarah Negeri  Melaka.

5. Memberikan kad diskaun kepada ahli untuk lawatan ke tempat bersejarah dan pelancongan Negeri Melaka ( dalam perancangan ).

KEAHLIAN

1. Warganegara Malaysia ( anak jati Negeri Melaka )

2. Berumur 18 tahun.

3. Ahli Remaja berumur 18 tahun kebawah perlu mendapatkan kebenaran ibu bapa.

4. Jantina lelaki dan perempuan

5. Keturunan Melayu dan beragama Islam

6. Yuran keahlian pendaftaran RM 1 dan yuran tahunan RM1


Sesiapa yang berminat sila hubungi

Encik Mohammad bin Dollah      0196726634

Encik Razali bin Md Iwap           0173400956

e-mail  :  persatuansejarahsungairambai@gmail.com