Khamis, 28 Februari 2013

KAJI SELIDIK SEJARAH BUKIT GADONG / BATU LAYAR BESAR DAN KANDANG DIRAJA

Bukit Gadong adalah sebuah tempat yang terletak  didalam daerah DUN Sg Rambai. Bukit Gadong menyimpan berbagai nilai sejarah. Bukit Gadong adalah sebuah bukit yang amat tinggi.yang boleh dilihat dari laut dan menjadi panduan pedagang-pedagang yang datang dari arah selatan untuk menuju ke perlabuhan Melaka. Disitu juga tempat Hang Tuah dan lima orang sahabatnya melawan lanun-lanun yang telah membakar sebuah kapal dagang dari negeri China di era pemerintahan Kesultanan Melayu Melaka. Disitu juga terletaknya Kandang gajah Diraja. Sultan Masyur Shah telah mengalakkan rakyatnya belajar menjinakkan gajah dan segala perbelanjaan yang berupa biasiswa telah diberi kepada penjinak gajah. Gajah yang telah dijinakkan di letakkan di sini sebagai pikat untuk menjinakkan gajah liar. Gajah yang telah jinak telah dihantar semula ke Melaka sebagai gajah tempur perang. Menurut penceritaan, gajah tersebut telah di sumpah oleh Sultan Mansyur Shah menjadi batu kerana disebabkan suatu peristiwa amukan gajah. Gajah yang telah disumpah menjadi batu masih ada sehingga kini. Dari pengkajian sejarah kandang gajah Diraja di Bukit gadong bolehlah dikatakan sebagai tempat atau institut latihan gajah yang pertama di Malaysia..

Di awal pemerintahan British, kandang Gajah telah dibina semula oleh Residen British iaitu Farquhar. Farquhar telah menjemput  dan mengupah Pak Sulong dari Kedah untuk menghalau gajah yang telah merosakkan hasil tanaman  di Melaka ke suatu tempat. Pak Sulong dan Farquhar telah menghalau gajah dengan menggunakan bahan letupan ke kandang gajah disini. Sebanyak 63 ekor gajah telah dikandangkan tetapi malangnya semua gajah itu telah mati kerana tidak diberi makan. Tulang, gading dan kulit gajah telah dihantar ke England. Hanya seekor sahaja gajah yang telah dihantar ke Melaka semula. Kisah ini tercatat didalam Hikayat Munsyi Abdullah.

Didalam abad ke 20 Bukit Gadong ini telah dimusnahkan oleh British untuk mendapatkan bijih besi dan batu-batunya telah digunakan untuk membina jalanraya. Pada tahun 1951 dengan rasminya Bukit gadong telah lenyap dari pandangan. Daripada peristiwa inilah wujudnya nama dua buah kampung iaitu Sebatu dan Batu Gajah



Gerak  kerja Kaji selidik Bukit Gadong


 Nama Jalan Bukit Gadong diambil dari nama Bukit Gadong yang telah hilang dari lipatan sejarah





Pasukan dari Persatuan Sejarah Sungai Rambai sedang mencari kesan tinggalan yang ada


Pengerusi Persatuan Sejarah Sungai Rambai sedang memberikan arahan kepada anak buahnya.





Beberapa tinggalan batu yang telah di runtuhkan pihak Penjajah British


Khazanah dari laut yang menunjukkan bukti  kedudukan Bukit Gadong suatu masa dahulu adalah berdekatan dengan laut


Artifak lain yang didapati di tapak sejarah yang perlu dikaji lebih mendalam


Gerak kerja kaji selidik Kandang Gajah Di Raja





Kerja-kerja membersihkan kawasan  tapak sejarah








Hanya tinggalan kesan kepala gajah batu




Kepala gajah batu yang kelihatan seperti dalam keadaan berbaring







Kesan tinggalan gajah yang telah menjadi batu. Suatu ketika dahulu gajah batu ini didalam bentuk yang sempurna tetapi masyarakat setempat telah mengambil gading dan belalai untuk dibuat batu lagan, batu giling dan batu bor.

























Tiada ulasan:

Catat Ulasan